Semakin hari, semakin ramai orang mula menceburi bisnes online. Ini terutamanya golongan muda dan suri rumah.
Peningkatan trend ini mungkin disebabkan oleh mudahnya menjalankan perniagaan tanpa perlu kedai fizikal, produk yang ada permintaan dan boleh dijalankan menerusi media sosial.
Lebih menarik, berniaga online hari ini juga tidak memerlukan modal yang besar untuk bermula. Menarik, kan?
Sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyarankan kita untuk duduk di rumah, inilah masa terbaik anda untuk memulakan bisnes online.
Anda boleh menggunakan kepakaran sendiri seperti memasak, baking atau menjahit atau menggunakan sumber sedia ada seperti menjual keperluan asas untuk bermula.
Di sini kami kongsikan 19 idea untuk anda yang berminat memulakan perniagaan online.
Tapi sebelum itu…
1. Pilih Platform
Pilih medium media sosial yang dirasakan sesuai dengan produk anda, selain anda sendiri perlu mahir untuk menggunakannya.
Ada yang memilih nama sedikit catchy supaya mudah diingati, contohnya Yahoo!
Tak salah juga menggunakan nama sendiri kerana mungkin ada tuahnya di situ.
3. Logo
Rata-rata perniagaan hari ini mempunyai logo jenama sendiri. Anda boleh mengupah pereka logo untuk menghasilkan logo bisnes anda.
4. Unique Selling Proposition
Ia bermaksud ‘apakah keunikan dan kelainan yang anda miliki dan tidak ada pada pesaing anda’. Cari keunikan perniagaan anda supaya orang ramai mudah mengingatinya
5. Kandungan
Content merupakan intipati penting dalam setiap perniagaan online
Pastikan anda mengisi bahagian ‘About Us’ untuk menerangkan apakah jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Content juga boleh merangkumi testimoni pelanggan, tip dan petua serta Q&A.
6. Daftar SSM
Ramai beranggapan bisnes online sebagai pendapatan sampingan dan dibuat suka-suka.
Tetapi tidak ada salahnya untuk anda mendaftarkan perniagaan anda supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
1. Ejen Jualan Produk
Cara paling mudah untuk buat bisnes online ialah dengan menjadi ejen produk.
Cari produk yang ada permintaan tinggi, komisen yang besar serta ada sokongan bahan promosi dan pemasaran daripada pemilik produk.
Sebagai contoh, syarikat MGR Malaysia Sdn Bhd sedang mencari ejen-ejen yang ingin menjana pendapatan lumayan hanya di rumah.
Anda boleh memasarkan kudap-kudap Chemilan yang sememangnya sedap dan disukai ramai!
Daftar sebagai ejen produk sekarang.
2. Penulis Kandungan Facebook
Anda rajin menulis atau berkongsi cerita dan tip di laman sosial seperti Facebook sehingga mendapat banyak perkongsian?
Kepakaran ini boleh untuk mereka yang berniaga online bagi tujuan penjenamaan atau untuk menaikkan traffic ke website bisnes mereka.
3. Konsultan Perniagaan
Jika anda mahir dalam menerangkan sesuatu perkara dan tahan dengan penolakan serta mampu menjawab pelbagai persoalan, maka cabang perniagaan ini sesuai untuk anda.
4. Business Coach
Kebiasaannya idea bisnes online ini dilakukan bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan.
Anda boleh berkongsi pengalaman, panduan dan rahsia kejayaan kepada peserta coaching anda
5. Pereka Website
Apabila ramai peniaga memilih berurusniaga secara atas talian, maka ini peluang kepada anda yang pakar dan kreatif dalam mereka laman web.
6. Chef Online
Anda suka memasak sambil merakam video dan berkongsi resepi masakan anda di media sosial?
Ianya boleh dilakukan dan mampu menjana pendapatan lumayan dengan hanya menjadi chef online, seperti Adik Danish dan Khairul Aming.
Anda juga turut menerima tajaan produk masakan berjenama untuk dipromosikan.
7.Personal Shopper
Tahukah anda, ramai wanita menjadi personal shopper kerana pendapatan yang lumayan?
Biasanya, peminat barang berjenama akan membeli barangan berjenama antarabangsa di Malaysia dengan harga yang agak mahal, mereka boleh mendapat harga yang murah jika dibeli melalui personal shopper.
8. Ejen Produk Kecantikan Dan Kesihatan
Produk kecantikan dan kesihatan sememangnya ada permintaan pada setiap masa.
Ini peluang anda untuk mempromosikan produk kepada kawan-kawan dan ahli keluarga.
9. Social Media Influencer
Bayangkan golongan remaja mampu meraih pendapatan sehingga lima angka hanya dengan menjadi social media influencer.
Tip penting, pastikan anda pandai bercakap dan boleh meyakinkan followers anda di platform laman sosial anda.
10.YouTube Content Producer
Inilah salah satu pendapatan tambahan untuk Datuk Aliff Syukri dan artis-artis di Malaysia dengan berkongsikan aktiviti harian mereka di YouTube.
Semakin ramai orang klik iklan yang dipaparkan pada video anda, semakin banyak pendapatan yang anda perolehi daripada YouTube.
Anda perlu menghasilkan content yang menarik untuk menarik penonton
11.Pereka Grafik
Sekiranya anda seorang yang kreatif, anda juga boleh menjana pendapatan lumayan dengan menjadi pereka grafik.
Tawarkan servis kepada rakan-rakan di Facebook atau daftar di laman website untuk freelancer seperti Fiverr, UpWork dan sebagainya.
Anda boleh membantu peniaga lain untuk menghasilkan logo, template produk atau servis kepada mereka.
12. Content Writer
Sekiranya anda minat menulis, jadikan bidang content writer sebagai salah satu cara menjana pendapatan di rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah laptop, WiFi dan idea untuk menulis.
Tingkatkan kemahiran menulis anda dengan mendalami ilmu perniagaan online dan digital marketing yang amat diperlukan sekarang.
13.Kursus Dalam Talian
Contoh terdekat yang boleh diambil adalah kursus membuat kek secara online.
Anda boleh lihat ramai peniaga yang berpengalaman berkongsi kaedah pembuatan kek dengan yuran yang berpatutan.
14.Penulis Resume
Mungkin ada di kalangan fresh grad yang masih kurang mahir menulis resume untuk memohon pekerjaan.
Apa kata jadikan kemahiran anda tersebut sebagai satu punca pendapatan sampingan.
15.Penjual Kereta
Rupa-rupanya urusniaga kereta juga boleh dilakukan secara online.
Ianya bidang yang mendatangkan pulangan yang tinggi sekiranya anda tahu mempromosikan kereta yang dijual secara online.
Apa yang penting adalah anda perlu tahu di mana bakal pelanggan berada, kemudian dapatkan nombor telefon mereka dan seterusnya hubungi mereka dengan segera.
16. Love Coach
Di negara luar, perkhidmatan mencari jodoh sangat popular di kalangan mereka yang bujang dan sedang mencari teman.
Pernah ada pengalaman match-kan pasangan di kalangan rakan-rakan? Mana tahu bidang ini terbaik untuk anda.
17.Pengurus Kandungan Media Sosial
Sebenarnya, ramai pemilik perniagaan tidak mempunyai masa untuk memuatnaik posting di Facebook atau Instagram.
Jika terlalu sibuk, maka jadi bersawanglah platform bisnes berkenaan.
Sebab itulah ramai di kalangan mereka mencari individu yang boleh menguruskan media sosial untuk mengemaskini posting terbaru.
18.Penyunting
Anda mungkin seorang guru, atau bekerja di bahagian penerbitan yang berpengalaman dalam menyunting draf artikel.
Anda boleh menjadikan bidang ini sebagai bisnes online anda.
19.Konsultan Travel
Mungkin anda merupakan seorang yang gemar melancong ke luar negara. Anda boleh hasilkan panduan travel tentang tempat-tempat yang anda pernah pergi.
Selain itu, tawarkan servis sebagai konsultan travel yang membantu orang yang mahukan itenari mudah seperti lokasi menarik, makanan halal dan tempat membeli-belah.
Sebenarnya ada banyak lagi idea bisnes yang anda boleh teroka untuk menambah pendapatan anda.
Diharapkan perkongsian 19 idea bisnes online ini dapat membantu anda membuat pilihan untuk berniaga online.
Sekiranya anda sedang mencari peluang buat duit, Chemilan boleh membantu anda.
Chemilan adalah satu jenama produk kudapan yang terhangat di pasaran dan sedang menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia.
Anda boleh memilih perisa Sambal Goreng Crunchy, Coklat atau Kueh untuk dipromosikan.
Terdapat banyak manfaat yang anda boleh perolehi dengan menjadi ejen Chemilan.
Hubungi Chemilan di sini atau boleh ikuti mereka di Facebook, dan Instagram.
Etiam nulla nunc, aliquet vel metus nec, scelerisque tempus enim. Sed eget blandit lectus donec facilisis.
Leave a reply